sedar tak sedar hampir setahun tiga bulan cikdee tinggal berjauhan dengan keluarga.
err tapi tak lah jauh mana pun.
takat lebih kurang 45KM jea dari johor bahru.
tapi! tetap jauh bagi cikdee sebab tak duduk satu rumah dengan family :(
cikdee tak suka berjauhan dengan mereka.
cikdee memang cepat rindukan mereka :(
yea cikdee memang seorang yang teramat sensitive.
mudah mengalirkan airmata kalau teringatkan family.
rindu nak berkumpul ramairamai,bergurau macam dulu.
tapi disebabkan tanggungjawab cikdee terhadap diri cikdee,terhadap ayah mama,
cikdee terpaksa simpan keinginan & kerinduan tuu jauh dalam lubuk hati cikdee :(
semoga Allah memberkati perjalanan hidup cikdee yang penuh dengan pancaroba nihh.
buat Ayah :)
kite sayang ayah sangat
terima kasih sebab selalu memahami kite
memahami perasaan kite yang sedang belajar selok belok cabaran hidup
kite selalu ingat pesan ayah disaat berjauhan dengan ayah
disaat kite hampir berputus asa penangan cabaran bekerja,
kite ingat ayat yang ayah selalu cakap kat kite
'ayah bangga dengan dyea.walaupun tak belajar tinggi mana
tapi dyea berjaya berdiri dengan kaki dyea sendiri.
dyea pandai hidup berdikari.dyea banyak bantu ayah
ayah bangga dengan anak ayah'
ye ayah! kite akan jadikan luahan hati ayah tuu sebagai penguat semangat dyea :')
semoga Allah sentiasa melindungi keselamatan dan kesihatan ayah!
buat Mama :)
kite sentiasa rindukan mama.
rindukan masakan mama.
tiap kali kite balik rumah,mama mesti masakkan lauk kegemaran kite.
ayam masak merah.thanks mama!
Alhamdulillah dengan hasil kerja kite,sikit banyak dapat jugak kite hulur kat mama.
kadang-kadang sedih jugak hati nih sebab tak dapat beri mama lebih.
tak dapat penuhi kemahuan mama.
walaupun mama tak pernah bersuara apa yang mama teringin,
sebagai seorang anak,kite dengar suara hati mama :')
insyaAllah ma,suatu hari nanti kite pasti dapatkan sesuatu untuk mama!
harap mama banyak bersabar dengan ujian hidup kita sekeluarga.
bukan senang nak senang,kan ma? :)
apa yang pasti,selagi anak-anak mama ada.
kami sentiasa ada disisi mama.
walaupun berjauhan,tiap hari kite titipkan doa buat mama.
agar mama sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Ya Allah,semoga Kau merahmati kesejahteraan hidup ibuku!
buat Kak Mayang :)
jarak umur kita memang dekat
segala kemahuan dan kehendak kita hampir sama
awak banyak kelebihan.
tak macam kite nie.
awak cantik,jauh beza dengan kite.
awak belajar tinggi,untung awak! :)
lepas nie kerja rajin-rajin dan kite doakan awak
dapat kecapi apa yang awak inginkan.
andai kata kite ada terampas hak awak,maafkan kite.
andai kite tersakitkan hati awak,maafkan kite.
andai kite pernah tak tolong awak,maafkan kite.
andai kite terabaikan awak,maafkan kite.
jaga diri baik-baik!
sayang awak sangat sangat!
semoga keakraban kita sebagai sibling kekal hingga ke syurga :)
semoga Allah memberkati hidup awak,sayang!
buat Adi :)
satu-satunya hero kakak sampai mati :)
kamu paling jauh dengan kakak kan
walaupun berjauhan jasad,hati kakak tetap dekat dengan hati adi.
maafkan kakak kalau kakak ada yang tak dapat nak penuhi kehendak adi
sebagai seorang remaja.
kakak faham keinginan hati adi.kakak akan tolong adi selagi kakak boleh!
ingat,adi duduk jauh dari kami.
jaga diri baik-baik.jangan nakal sangat kat sana.
jangan selalu buat ayah & mama susah hati okay?
percayalah,di.sekarang mungkin kita susah nak kecapi kesenangan.
akan datang,insyaAllah kita dapat rasakan apa yang kita inginkan :)
tanamkan dalam hati yang adi belajar sebab nak dapat kerja yang bagus.
nak balas jasa ayah mama.
nawaitu kena betul & ikhlas.baru Allah berkat usaha kita :)
semoga Allah melindungi keselamatan adi walau dimana jua!
buat kak Ikha :)
si gebu kesayangan kakak.
si pintar yang sentiasa menjadi kebanggaan keluarga :)
ye,kakak bangga dengan awak.
belajar rajin-rajin.kakak sentiasa doakan untuk adik-adik kakak.
sebagai remaja yang sedang meniti aliran hidup,kakak faham keinginan awak
yang inginkan sedikit kebebasan.
harap awak faham kenapa ayah mama sering melarang awak pergi kesini sana.
yaaa,mereka risaukan awak.sejujurnya,kite sendiri masih anggap awak budak lagi.
yang sentiasa perlukan perlindungan orang tua tiap kali awak keluar.
kite taknak sesuatu yang buruk terjadi terhadap awak,mahupun adik.
percayalah,satu hari nanti awak pasti akan faham erti dunia :)
apapun,belajar rajin-rajin.cinta tolak tepi :)
teruskan menjadi kebanggaan kami!
semoga Allah memberkati awak sebagai seorang pelajar dan anak yang solehah.
dan buat adik :)
si bongsu yang bijak berkata!
kakak bangga dengan adik.
sebab adik bijak berdikari memasuki alam persekolahan baru.
jadi pengawas pula.ingat,jangan mudah menjunjung langit disaat kita rasa kita bagus!
amalkan sikap sentiasa merendah diri :)
jaga diri habis baik! jangan nakal-nakal.
dengar cakap mama.jangan lawan.
jangan selalu buat mama marah :)
belajar rajin-rajin.jadikan kak ikha sebagai idola adik.
mintak kak ikha ajar kalau ada yang adik tak faham.
ingat,adik masih muda.
perjalanan hidup masih jauh.
semaikan niat dalam hati,apa tujuan adik belajar.
tentunya nak balas jasa mama ayah yang bersusah payah besarkan kita,bukan? :)
semoga Allah melindungi keselamatan adik disaat adik dibelakang mata ayah mama!
akhir kata,saya Nur Radhiah Binti Rosli bangga kerana memiliki sebuah keluarga yang sangat penyayang.
memiliki ibubapa yang sangat memahami & sentiasa sabar dengan karenah anak-anaknya.
memiliki adik-beradik yang sangat bertolak ansur :)
ketahuilah,kite sentiasa rindukan kalian! :')
kadang-kadang cikdee selalu cuba pujuk diri nih
supaya bersabar disaat terpaksa berjauhan dengan keluarga.
bila hati berbisik bahawa terpaksa berjauhan adalah disebabkan cikdee kena kerja
dan meringankan beban ayah mama,cikdee mula terima dengan hari yang rela.
tapi bila lajakkan fikiran nie,macammana bila cikdee dah kahwin satu hari nanti?
dapat kea cikdee rapat dengan keluarga macam sekarang? :(

