20.8.13

soul






4 month, 21 day Alhamdulillah :) semoga membesar dengan sihat dan ceria,anak mummy!

padan muka!

Hi! Assalamualaikum

Harini sama je seperti hari-hari sebelumnya since jadi housewife ni. Rutin tetap sama. Bangun pagi kemas katil,kemas bilik,basuh baju,sidai baju,kemas dapur,masak,sapu lantai,mop lantai. sama je :)

Yang peliknya hari-hari aku aku,hari-hari jugak la ada habuk. aihhh! mana datang tah habuk tu. nak kata rumah tepi jalanraya tak jugak. dibawak angin lah kot kan. okay taknak cerita pasal habuk. nak cerita pasal mop lantai. hahahahahahahaha boleh tak nak gelak dulu? kehkehkeh! kalau bab-bab buat kerja rumah ni yang paling aku suka sekali mop lantai lah. hari-hari aku mop. paling suka. sebab bila tengok lantai berkilat tu rasa heh puas hati betul! :D nak dipendekkan cerita,tadi punyalah noob kuasa lapan darab duabelas,aku pi letak softlan dalam air mop tu. kengkonon nak lantai wangi lah kan. ada ajax tu taknak guna,nak jugak guna soflan. hai lah mummyyy! soflan tu untuk kat baju bukan untuk kat lantai. wangi memang wangi 1 rumah,ha siap kering je lantai aku rasa melekit licin mcm tak selesa dipijaknya.

Alahaiiii! hmm dah macamtu takkan nak dibiar je kan,aku ni dah lah cerewet selagi tak bersih selagi tak puas hati selagi tu aku bersihkan. haaaa dibilas balik dengan air biasa je takde campur ajax ke hape dah. MOP lagi 1 rumah! ahahah padan! nak sangat buat kerja lain dari lain kan. ha orang mop rumah sehari sekali kau mop berkali-kali. memang padan --' dah mop dengan air biasa,tunggu kering ehh still melekit. pffttttttt gila ahahah! tukar air lagi,bilas lagi dgn air biasa,MOP lagi. diulang tiga kali. lepastu amik kain buruk,lap kasi kering. hah barulah okay. naik sengal pinggang aku ni ha. hahahaha nak buat lagi tak mummy? akakakakak! tapi puas hati weyyy berkilat lantai :D esok taubat taknak guna soflan lagi. guna ajax je :P

Tetiba teringat zaman kekecik dulu,mama ayah pergi Carrefour *zaman tu belum ada Giant,Jusco,Econsave,Kipmart semua tu. Carrefour lah tempat pilihan. masa tu aku dgn kakak tinggal kat rumah,nak tunjuk rajin sangat aku dgn kakak aku pi mop lantai dgn air sabun basuh baju. can you imagine sabun basuh baju??? HAHAHAHAH habis 1 rumah berbuih. mama ayah balik dari carrefour membebel je. ekekek!




*kira ni sejarah telah berulang la eh? hewhew! tak senonoh mummy ni. okay lah stop dulu. Adeef tidur taknak letak kat tilam. nak dipangku je ni. taip sebelah tangan je ni. hee! Assalamualaikum :)

19.8.13

betul rindu

:')
rindu sebenarnya zaman-zaman keremajaan dulu.
rindu sangat. especially zaman 2006.
sumpah rindu.
rindu.
:'(








kalaulah boleh diundurkan balik masa dahulu.

geli aaaaa!

nak muntah rasa baca post-post yang lama tu hoi!
hahahaah geli aaa geli.
rasa macam tak percaya aku ke tu?
dengan spelling menggelikan,bercinta macam hape.
blerghhh! hahahaahaha benci aaaa!

macamtu gaya budak baru nak kenal dunia ek?
hmm --'

eh hi?

Assalamualaikum :)

hi? aaaa awkwardnya nak menaip. 
LAMA GILAAAAA kan tak update! aahhahah!
ala kalau update pun mana ada sesiapa nak baca pun.
takde stalker punnnn. heheh! eh ada kot? silent reader :)
hi awak? terima kasih sebab selalu intai karpet cikDee ni :)

by the way,masih belum terlewat lagi nak ucapkan Salam Aidilfitri 
buat seluruh umat Islam di mukabumi ini. 
maafkan salah silap saya,andai ada terkasar bahasa tersilap kata. ex ow ex owww!

Alhamdulillah Aidilfitri tahun ni bertambah ceria dengan kehadiran buah hati
pengarang jantung jiwa raga, Muhammad Adeef Ishraq :)
bahagia sangat!

Dannnnnn Alhamdulillah jugak since 1st August 2013 i'm officially Fulltime-Housewife!
wehoooooo! Alhamdulillah. semoga Allah permudahkan segala urusanku sebagai
isteri serta ibu yang sepenuh masa ada kat rumah. hewhew!

perkembangan diri sendiri?
takde la kembang sangat. hiahahaha! 
syukur sangat sangat since after bersalin (during confinement) memang
jaga sangat-sangat badan. jaga permakanan semua.
dan Alhamdulillah jugak sekarang dah dapat berat badan yg diinginkan.
malah terkurang pulak. target 45kg tp sekarang 44kg. *lompat bintang!
InshaaAllah akan dimentenkan. kalau boleh lah. hihih!

hm hmm macam taktau nak cerita apa lagi je.
rasanya stop dulu kot setakat ni. nanti-nanti saya update lagi eh.
inshaaAllah :)

takecare selalu! Assalamualaikum.