30.12.11

29 December 2011

Selamat hari ulangtahun yang ke-21 buat awak.
Semoga panjang umur.Dilimpahi rezeki-rezeki yang mahal dan halal.
Semoga Allah melindungi keselamatan dan kesihatan awak.
Semoga awak bahagia seumur hidup awak.
Semoga jadi anak yang berguna buat  mak & abah.
Semoga jadi adik yang baik buat abang & kak Ila.
Semoga jadi abang yang penyayang buat adik Shira.
Semoga jadi lelaki yang jujur buat emmmm kekasih hati.
Semoga jadi seorang yang mengenali diri dyea yang setia.
Semoga jadi M.F.A.K yang comel selalu.gigi rabbit tak dilupakan.
Semoga persahabatan kita kekal abadi.
Jumpa di Syurga nanti :)




*listening to First Love-Utada Hikaru

kosong.





''mie nak mintak maaf jugak dengan b sebab terkadang terkeliru dengan kehidupan mie sendiri"










persoalannya : apakah?????????????????????????????????????????????????????????????????

AllahuAkbar

bentuk awan serupa ombak besar di pekan Segamat

21.12.11

hampir tiba penghujung 2011

Apa yang berlaku sepanjang tahun 2011 ni?list down kan dan ingat balik.mana yang manis,simpan dalam-dalam.mana  yang pahit,rejam dengan kejam.kejam?aku kah kejam?pahit yang datang tak rasa kejam ke bertandang pada aku?pahit lebih kejam.bukan aku.

Tahun ini,aku bertunang.Alhamdulillah aku bersyukur.aku bahagia.hari tersebut ada yang kecewa atas pertunangan aku dan dia.patah hati?cemburu?puihh! ada girlfriend kan?pergi ajak dia tunang sana.bukan aku.aku tak layak untuk kau bukan sebab aku takde double degree tapi sebab adab aku lebih tinggi.dah campak batu,tangan sorok belakang.tunding orang,biar kena serang.manis kah?itu pahit,bodoh.Tunang itu manis walau adakala dugaan datang menerpa.cubaan menjengah tak dipinta.sakit tapi tak pahit.sedap ditelan sebab termengah pengalaman.aku bahagia.manis.aku suka.

Tahun ini,aku dinaikkan pangkat.sekali lagi aku bersyukur kehadrat Illahi.rezeki bakal pengantin.aku tersenyum.Allah meringankan beban aku.terluas kesempitan laluan pernafasan kesesakan memikirkan hari bahagia bakal menjelang.Alhamdulillah rezeki tak putus mendatang.semoga Allah perluaskan lagi pintu rezeki buat aku dan dia serta keluarga aku.ini manis.manis aku tersenyum.manis walau nampak kelat.kelat sebab penat.kerja mana tak penat.tiba saat gaji keluar,tekan nombor pin keluar empat angka,aku tersenyum manis walau terpancar kelat penat.Alhamdulillah.tetap bersyukur.ku bersujud.manis.aku suka.

Tahun ini,aku berhubung kembali dengan kawan lama aku.berhubung?terhubung?aku tak pasti.kawan lama?bukan kekasih lama?silap.kekasih lama.aku dimaklumkan bahawa dia masih sayangkan aku.terima kasih atas perasaan itu.aku tunangan orang.hanya mampu mendoakan agar engkau jumpa kebahagiaan engkau.cinta itu buta.jalan jauh pun nampak dekat.cinta itu buta,tak kenal usia tak nampak beza jarak ketinggian.engkau tinggi.aku pendek.comel.aku suka.itu dulu.kenangan kan?manis jika disingkap kembali.tapi aku terbatas.aku hak dia.dia menanti aku.aku takkan persiakan dia.sebab cinta dia,aku rasa.manis.terhubung kembali dengan engkau juga manis.baru aku tahu.engkau dah matang.lebih matang dari dulu.engkau muda.aku terlebih setahun dari engkau.tapi engkau macam abang.manis.aku suka.

Tahun ini,aku terserempak dengan malapetaka.tak punya rupa.tapi aku rasa dia hodoh.hodoh betul.ini pahit.bukan kelat.langsung pahit.aku benci.aku tak suka.susah nak terima.susah nak dikata.perkenalan aku dengan si polan.cukup 10 bulan,kantoi segala.aku salah?salahkah aku?aku?bukan si polan?sekali lagi,dah campak batu tangan sorok belakang.tunding orang,biar diserang orang.tundingnya aku guna telunjuk engkau,hantu manis kelingking engkau menuju diri sendiri.sedarkah?aku dimaki.terima kasih.aku terima.tapi tiada kemaafan.bukan salah aku.bakal suami aku tahu aku berkawan dengan engkau.aku salah?bukan engkau?kawan perempuan engkau tahu?tidak rasanya.oh sebab itulah aku diserang.kalau aku ditempat kawan perempuan engkau pun aku bengang.hehh! berbuat salah dengan Allah,minta ampun serta taubat insyaAllah diterima keampunan serta taubat.berbuat salah sesama umat,pohonlah seribu kemaafan selagi tak dimaaf selagi itulah engkau kandung salah terhadap umat itu.aku.tak maafkan engkau.belum terbuka hati aku untuk maafkan engkau.jijik.terhina.ini tersangat pahit.aku benci!

Tahun ini,aku bahagia.terasa ramai ada disisi aku.aku tak punya kawan sejati.aku tak punya sahabat sehidup semati.cukup aku ada keluarga.cukup aku ada seorang lelaki yang penyabar untuk aku.cukup aku ada teman dilaman mukabuku yang sentiasa sokong aku tak kira apa jua.aku bahagia walau masih ada segelintir belum berpeluang untuk bersua muka.tapi mereka punya hati yang ikhlas untuk berkawan dengan aku.tak guna kita dekat,sering berzina mata,sering berselisih angin tapi hati kecil itu tak ada keikhlasan untuk berkawan.sampai mati aku ingat,kita bukan musuh tapi kita bukan kawan.maaf.ini bukan pahit.bukan jua manis.aku tak pasti.tiada deria rasa untuk ini.aku keliru.

Tahun ini,sudah hampir dipenghujungnya.Alhamdulillah.aku masih diberi peluang untuk meneruskan langkah hidup dibumi-Nya.aku masih sihat.aku bahagia.Tuhan tolong jangan rampas bahagia aku.aku mohon.disaat ini,aku masih menghitung hari.hari penting itu akan tiba.insyaAllah sempat tiba.semoga segalanya berjalan dengan lancar.itu kebahagiaan aku.aku dambakan segala itu.semoga aku diberi kesempatan untuk membahagiakan satu-satunya cinta hati aku.semoga dia dapat merasakan cinta aku.cinta.yang terkadang buat dia rasa tercabar.termarah.terfikir.adakah dia yang aku pilih.ya.dia.dialah lelaki aku.Allahu Rabbi.aku bermohon jadikanlah kebahagiaan itu milik kami berdua!

Selamat Tinggal pahit dan manis Dua Ribu Sebelas :)


aku penat.bukan letih.tapi lelah.

erkk?kenapakah?okay straight to the point.serious shit dyea memang tengah penat.
penat?okay fine penat pun boleh mengadap lappy.hehhhh! esok lusa cuti,bolehlah online sampai kepagi :p

ape-ape pun tahniah lah ye buat cik dyea kita ni sebab berjaya menamatkan tempoh waktu bekerjanya selama lima hari berturut-turut fullday shift.jyeahhh! hampir dua tahun aku kerja dengan company tuh,ini pertama kali kerja 5hari fullday shift.yeah shit! hahah pulangannya?demam.sakit kepala 7hari sampai rambut pun naik nipis sebab gugur melampau.batuk.selsema.jumpa doctor kena RM70.nice.nipis jugaklah wallet aku.takpe boleh claim.dapat banyak ubat.banyak sangat.makan ubat lepastu muntah.buerkkkk! pahit! taknak makan lagi.kena paksa.hemmmm makan jugak.fine! -.-

Please dyea,stop nonsense! hahaa semalam menangis sebab tekanan pasal kerja.ya tanggungjawab semakin berat.aku tak larat.ah persyaitankan segalanya.ya aku kuat.aku kena kuat.aku mesti kuat.ya! aku kena kuat sebab guardian aku ada disitu.guardian?ya guardian.dia umpama tissue aku.bila aku berpeluh panic,dia lapkan peluh itu.bila aku berceloteh berenjis air liur,dia lapkan renjisan itu.dan paling penting bila aku menangis dan menangis dia jugaklah yang lapkan airmata aku tu.dia selalu pesan,airmata aku terlalu mahal.tolong simpankan untuk perkara yang berbaloi.jangan bazirkan.ahh aku berjanji?jangan menangis?potong jari weh.aku lah puteri airmata.percayalah! aku sayang guardian aku.tolong jangan ambil dia dari aku.aku perlu dia.tanpa dia,hilanglah kerja. Mr Manager,please stay by my side for all the time.no matter what.i need you as my sifu ;)







* i sayang you lebih,Mohd Nizal Rudin Bin Ismail :)


15.12.11

jumpa Aaron Aziz dalam panggung wayang

hi kengkawan! :D
esok dyea nak pi tengok ombak rindu lagi.lagi,okay?hihi :D
tapi kali ni pi tengok sensorang la sebab encik tunang bekerja.
terpaksa tengok sensorang?err rasanya macam tak terpaksa pon.
sebab last time tengok ombak rindu dengan encik tunang macam banyak gangguan lah.
sebab bila tiba part sedih je nanti dia kacau dyea.dia nak tengok dyea nangis.
apakah??tak puas ke tengok dyea menangis?huihui :D

Eh korang nak tahu tak,masa dyea tengah-tengah tengok cerita ombak rindu esok,tetiba ada orang duduk kat sebelah dyea.pakai rayban,pakai cap.fit shirt and jeans & kat tangan dia hang sehelai kot colour cream.
then dia selamba tengok movie tu tanpa endahkan dyea tengok dia tanpa berkelip-kelip mata nih o.O
ya Allah betul ke apa yang aku nampak nihh??aku tahu aku rabun,tapi kenapa mamat ni macam.macam.macam.macam.macam Aaron Aziz!! eh betul ke Aaron Aziz kat sebelah aku nihh? *dyea bermonolog sendiri.Then Aaron Aziz toleh kat aku,sepantas kilat dia kenyit mata dengan dyea.winkk! ;) pehhh angau gilaaaa aku dibuatnya!

Tetttttt! masa untuk berangan sudah tamat ya cikdyea! hahahahahahaahahhahahha!
ya Allah.taktahu lah kenapa lately nih dyea angau sangat sangat dengan Aaron Aziz nih.
siang malam fikirkan dia.celik mata ingat dia.kalau dulu celik mata fikir pasal wedding.hemmm maybe sebab pasal wedding hampir complete kot.tinggal sikit-sikit je yang nak settle kan.tu yang dah tak fikir sangat tuh.hikhik! Aaron ohhh Aaron.Ya Allah.kalau lahhhhh dyea dapat jumpa Aaron Aziz nih sumpah dyea buat kenduri kesyukuran tau! sumpah weh.tak tipu nihh xD


*untunglah Diyana Halik kannnnnnnnnn?hemmm okbai  -___________-
 takde kena mengena dengan gambar di atas.haha

10.12.11

owl necklace haram dipakai

Ya Allah Subhanallah! pagi tadi dyea baca pasal owl necklace haram dipakai sebab ada unsur freemason tuh,mengucap panjang dyea.seriously,takut sangat.sebab honestly dyea pernah pakai necklace tuh.yelah waktu tuh trend teens pakai kan.so orang pakai,sendiri pun nak pakai jugak kononnye.Ya Allah :'(

congrats kak Jehan ;)
Last dyea pakai rantai haramjaduuuu *bak kata Adlin Aman Ramli heheh! tu on 3 December 2011.pi majlis pertunangan bestie encik tunang.see?dah sensored kan?peh pehhhhh! berdosa siot rasa :'( hemmmm memang tong sampah lah tempat engkau,rantai.aku nak pegang pun dah naik jijik dah .-.

Okay abaikan.ehh?tengok muka belon dyea tu! hahahah rasa macam nak lenyekkkkk je seh.bulat gila.tadi encik tunang cakap,dyea pakai pash macam ni nampak bulat muka.plus senyum macam tu.memang bulat.walaupun hakikatnya muka awak tak sebulat tu.hikhik! sempat pulak nak amik hati saye yee?cepuk kangg :p hehe memang lepasni dyea pakai tudung bawal je laaa.boleh cover sikit kan?hokhokk! :3

Haaa tengok pulak muka encik tunang tuuu! see?dia dah pandai senyum kan?yeayyyy! seriously first time tengok gambar ni terus tersenyum sendiri sebab rasanya ni first time tengok encik tunang perfectly with his smile.huahahaha! dalam album tunang kitorang pun dia tak senyum macam ni skali tau.hampeh betol.huuuuu!

maybe pada mata korang tengok gambar ni encik tunang takde la senyum sangat kan?tapi bagi dyea,tu dah okay dah tu.FYI,dia memang tak pandai senyum bila bergambar.siap kena pesan lagi dengan dyea,nanti atas pelamin senyum macam ni tau byyyy?hahahahahha takbolebela kan? :DD haha oklah dah terlari topic lah.hihi bodoh punya rantaiburunghantu.kbai!

suratan atau kebetulan?

Assalamualaikum kawan?hihi hari ni dyea nak tunjuk sesuatu kat korang sumeeee.hehe nahhh tengok nihh :D

mukabuku
miss dyea rosli with her scandal
miss nisha ramlan with her hubby
 Hehehehe suratan ke kebetulan ke apa ke dyea tak peduli.yang dyea peduli,muka kami macam sama dan kami pakai phone yang sama jenis.yeayy! haha takde modal nak cakap lettew! :D

Oh ya,bytheway nak bagitahu.semalam encik stalker yang setia tu text dyea.dia cakap dia terharu dengan entry yang dyea creditkan untuk dia tu.hemmm dalam text tu dia panggil dyea dengan nama cikdee. Yaaaaa,tak dinafikan masih ramai yang panggil dyea dengan nama tuhh.tapi korang korang yang penah chat dengan dyea perasan tak since tragedi oktober tuh dyea langsung tak pernah bahasakan diri dyea dengan nama tuh even korang seru dyea dengan nama tuh.perasan?hemmm semalam dyea mintak tolong kat encik stalker tu supaya jangan panggil nama tuh sebab nama tu lelaki yang buat dyea nangis tu yang bagi.bagi?maybe bukan bagi la tapi lelaki tu nak panggil nama yang berbeza dengan orang lain panggil dyea.faham?kalau tak faham pun takpe kot.sebab tak penting.bagi dyea,cikdee tu dah mati.oh nice!

Dan ada ke patut encik stalker tu minta maaf dengan dyea sebab dia tak tahu.erkk?kenapa perlu minta maaf pulak encik?bukan salah awak pun.salah dyea kot sebab diamkan je bila orang panggil dyea dengan nama tu sedangkan dalam hati memang annoying gila.Yes! bila dyea dah lupakan semua tu,dyea memang taknak ingat segala yang berkaitan dengan orang itu.okay?sorry to say ;) So,dyea harap korang korang yang dah baca entry ni after this kalau boleh panggil dyea dengan nama dyea sahaja.no more cikdee okay guyyys?hee love you buddy! I LOVE YOU,NISHA! hihii!








* mood pada waktu saat ketika ini masih lagi teringinkan choc cream chip with vanilla topping yang kat setarbaks tuhh.ohmannnn! .-.

9.12.11

encik stalker yang setia

dyearosli in spec :)

Assalamualaikum :)
hi kawan?hihii kenal tak sape saye?dyea laaa.dyearosli tuuu.hikhikk!ye saye dah berkacamata separuh masa dah.well,umur dah banyak mata pun dah buat hal.hemmm! okay abaikan dengan imej baru saye nih.

Nak bercerita pasal encik stalker yang setia disisi saye ni haa.tapi harap maaflah nama beliau terpaksa saye rahsiakan.ada lah sebab-sebab tertentu yang patut saye hormati.taktahu nak describe kan betapa setianya beliau untuk menjadi pengintip saye.dah lamaaaa kot! since dari awal kapet ini diciptakan sampai lah sekarang.sometimes bila saye tak update nanti beliau tanya bila nak update.beliau tahu bab-bab mengarut merepek meraban syok sendiri macam ni memang saye suka.hahah! 

Dan bukan setakat blog je,kat fesbuk pun dia stalk okay.bangga saye nyahhh! haha *terserlah keangkuhanmu disitu ye dyea! hihi waktu saye ada masalah hari tu (tragedi oktober kata awie) *puihhhh! beliau sent message kat saye jam 4pagi,bagi kata-kata semangat.yaaaa saye mengaku saye tersentuh dengan keperihatinan beliau terhadap saye.thanks buddy! 

Tadi tetiba dapat message beliau bagi, "kelas DP kaw jahh!" erkkk! haha otometikli saye segan oi! kihkihkih! then after 2hours gitu beliau sent lagi message, "reading CPDR" serioushit sekali imbas nampak macam beliau type reading spender! kohkohkohhh! sensored disitu :D then saye reply "uhhh?" beliau cakap reading CikPuanDyeaRosli.heeee kapet saye ni lahh.beliau kate beliau suka menziarah kapet saye ni,bagi ikan makan.comel gilaaaa sampai tergelak sendiri.erkk? o.O 

Hehe ye saye admit saye tak sefofular anda anda sekalian,yang punya ramai stalker samada dari pendatang dengan izin mahupun tanpa izin.tapi saye rasa bahagia bebeno lahh sebab punya seorang stalker seperti beliau.sebab bagi saye,beliau sentiasa ada untuk saye walau apapun terjadi.sepanjang 5 tahun perkenalan kami,sepanjang tu lah beliau ada untuk saye.saye je yang kurang menghargai beliau.hemmm :')

Baru tadi saye berbual dengan mama saye pasal beliau.eh awak! awak ada tersedak tak tadi?dyea dengan mama bercerita tentang awak tauu.hihi! terharu tak terharu tak?kalau terharu,senyum sikit pehlissss? :D haaaa handsome gituuuu,serupa Aaron Aziz! wahhhh! hahaa :p

Okaylah stop kat sini dulu eyh encik stalker?kekurangan idea lah.heee btw,thanks a lot for being my stalker,my advancer,for being my good listener.thanks a lot! semoga Allah merahmati persahabatan kita berdua.dan insyaAllah tragedi oktober yang pernah berlaku tu takkan terjadi antara kita sebab awak tak pernah minta untuk jadikan saye sebagai kekasih gelap awak sepertimana si polan tu minta saye menjadi kekasih gelapnya.hahahahaha tettttttt! okbaii! ;)




*teringin nak minum choc cream chip kat setarbaks tu lagi ahh .-.




3.12.11

kembang bulan di pagar bintang






hi?hihi lama kan aku tak update blog?
malas kot.takde masa.aku rasa banyak lagi benda penting 
yang patut aku buat daripada mengadap mende alah ni :)

dannnnn,tetiba rasa macam nak upload gambar waktu aku tunang 
lebih kurang 9 bulan yang lepas.heheeeee :D
pejam celik pejam celik lebih kurang 5 bulan je lagi aku nak masuk alam baru
insyaAllah bukan alam barzakh.kehkehh! gurauan yang melampau disitu :p

Alhamdulillah dalam 50-60% persiapan sudah pun selesai.
ya,hampir selesai.percaya?tak percaya?lantak kaw ye :D
aku excited?tak menyabar?majlis lama lagi tapi dah kecoh?
oh man,itu memang diri aku okay.
aku tak suka buat kerja last minute.
confirm semua yang aku inginkan,bakal tak menjadi kalau buat kerja last minute.
plus,sekarang tengah ada Year End Sale,so aku & encik tunang ambillah
kesempatan selagi ada kan.heheh!

Alhamdulillah.dan InsyaAllah.semoga Allah permudahkan segala
urusan aku dan dia untuk menuju kejalan yang diredhai Allah.
itulah doa aku acap kali aku menyujud di tikar  sejadah :')
doakan aku ya kawan-kawan?
terima kasih daun keladi,bulan depan aku update lagi ;)




*apa kena mengena dengan title dan gambar diatas?
tiada jawapan untuk soalan anda.sekian!