17.6.11

hari makan free sedunia

hueheheh! kononnye on diet tapi kalau orang dah belanja makan,simpan on diet tu dalam peti besi then seal rapat-rapat HAHA! tapi baguslah orang yang belanja dyea tadi pun belikan food yang bukan berkolestrol tinggi yang boleh memampatkan lemak tepu kat dalam badan dyea nii :D 

Pagi tadi breakfast mushroom soup cambell's yang instant tuu.nikmat gilaaaaaa makan panas-panas.hee! berbilas pulak dengan tropicana twister orange flavour.jyeahh favourite dyea.jangan tak percaya,dyea minum air tuu every day! o.O alasan,nak topup vitamin C dalam badan.herher! yelah orange kan kaya dengan vitamin C kannn.after 2 hours,capai pulak biskut Oreo yang juga menjadi kegemaran si idaman hati,sape lagi kalau bukan Aaron Aziz.auwwww! tak sangka ada persamaan diantara kami.hihi *perasaan berlebihan! tengah sedap makan oreo,si senior datang bawak Jcool.haaa ni lagi satu frozen yogurt favourite dyea.sangat suka okay.then datanglah sengal dyea teringin nak try makan oreo dengan jcool tuu.sengal-sengal pun sodap jugak aih! syiok gilaa makan.ape tak syioknye orang belanja,kan?mueheheh :B

Petang pulak si clique dyea belanja dyea icecream baskin robbin.entah hape angin die taktahu lah nak belanja dyea hari nii.For sure,my flavour is jamoca almond fudge.tehee! nikmat betul tuh.Tapi dyea makan half jea sebab terkejarkan waktu solat maghrib dah suntuk bebeno.makan pun kelam kabut.huhu takpelah,solat lebih penting ;) Alhamdulillah rezeki dyea hari nii.insyaAllah hari-hari akan datang dyea pulak belanja mereka :) 

Malam pulak si senior dan si clique dyea nak makan mushroom soup yang kat pizza hut tu,dyea pun on jea.side order,1 set salad.hee kekonon makan benda yang tak menggemukkan lah sebab at the same time si senior on diet jugak.hehe hope die berjaya dengan mission die yang nak turunkan berat badan die tuu ;)

so,conclusion kat entry dyea kali nii ialah DANDAN LAHHHH DYEA ON DIET.huahuahuahua! sekian terima kasih datang lagi Assalamualaikum ;D


16.6.11

no title for this entry,so sorry ;)

Assalamualaikum :)
lately nii dyea rasa memang banyak tekanan yang bersinggah dalam life dyea.tekanan kat tempat kerja.tekanan dengan orang yang berlebihan perasaan. *entah hape-hape =.=" tekanan dengan kesihatan yang tak menentu :( penat sangat badan nii.Tapi Alhamdulillah dengan adanya dia yang dyea teramat sayang,dyea dapat hadapi segala tekanan tu dengan tenang.tenang kea?hee :D kesian dia kena sabar dengan  karenah dyea nii.Syukurlah dia amat memahami dyea.dia tahu perangai dyea nii macamane.Fyi,dyea nii seorang yang amat unexpected.tahu macamana?dyea tak boleh berseorangan kalau dalam keadaan tertekan,jiwa ketegangan.amat bahaya =.=" 

Kalau jiwa amarah dah membatasi kelogikan akal fikiran,yang sakit pun terus jadi tak sakit.yang pahit pun terus jadi tak pahit.buat sesuatu ikut perasaan.ah tipisnya iman engkau,dyea! hmm Syukurlah hingga ke hari ini dyea masih bernyawa lagi. ekekek ayat nak A++ kannnn dan dengan adanya dia disisi dyea,dia mampu menenangkan jiwa dyea.walaupun airmata mengalir semangkuk pun belum tentu dapat menakungnyee.hahha

Kerja?Alhamdulillah sejak after tunang,rezeki dyea tak berputus-putus.syukur! kebesaran Allah memang dapat dyea rasai.Sebagai manusia yang kerdil diatas bumi Allah nii,dyea tak nafikan bila dyea senang terkadang dyea terlupa Dia.subhanallah :( dan bila susah,dyea mohon kepadaNya,minta petunjuk.minta diperkayakan rezeki-rezeki yang halal lagi berkat.memang benar,AllahuAkbar! lately nii dyea banyak susah hati fikirkan tentang kerja.tentang perubahan yang bakal berlaku.Dengan nama Allah,dyea tak mahukan perpisahan diantara dyea dan mereka :( dyea mula risau dengan khabar angin tuu.berapa hari dyea fikir mana lagi dyea nak kerja lepas nii kalau dyea resign kat situ.Sejujurnya Alhamdulillah hasil kerja penat lelah dyea kerja kat situ amat mencukupi buat dyea dan keluarga.Sejak dyea kerja City Chain,dapatlah dyea bantu ayah dyea.Dapat jugak dyea bantu mama.Walaupun nilai yang dyea berikan tak sama besar dengan pengorbanan yang ayah mama berikan buat dyea selama nii,dalam solat dyea tak pernah lupa untuk panjatkan doa supaya diperlebihkan dan diperkayakan rezeki untuk dyea supaya dyea dapat bantu ayah mama dengan lebih banyak lagi :') Untuk siblings dyea,dyea mintak maaf andai kata ada yang tak dapat dyea nak tunaikan apa yang korang hajati.InsyaAllah suatu hari nanti,okay?Doakan untuk dyea :')

Dyea taknak fikir lagi tentang orang yang rasa bermasalah dengan dyea.Ramai yang nasihatkan dyea supaya dyea banyakkan sabar,perkuatkan iman.InsyaAllah,i will.dyea malas nak layan orang yang perangai macam tu.Dyea diam bukan bermaksud dyea takut tapi sebab dyea masih boleh hormat orang tu.hormat?HAHA wtf opss! :p dyea tak faham lah kenapa dyea boleh diamkan perangai orang yang macam tu.terkadang tergerak jugak hati nak bidas balik ayat-ayat dia tapi takut dia menangis tak berlagu pulak kan.yelahh dyea nii memang nampak diam jea tapi once dyea dah hilang sabar,segala ayat pedas aku santapkan kat telinga kaw ;) ah lantak lah.malas nak cerita pasal nii.

Dan dia wahai tunang tersayang,cikniezal :) dyea bahagia bersamanya.3 bulan tempoh pertunangan kami,pelbagai dugaan kami hadapi.memang betul,alam pertunangan memang banyak ujian  halangan dugaan yang harus kita tempuhi.syukur,dengan kematangan dia,berjaya buat dyea cair.buat ego dyea menyujud ke bumi.buat amarah dyea lenyap dibawa angin.Alhamdulillah ya Allah.dyea bahagia :) terima kasih,sayang! paling bahagia bila teringat dah hampir 3 minggu takde sebarang pertelingkahan,selisih faham antara kami.Syukur! hehe jauh kat dalam sudut hati dyea berdoa agar hubungan kami sentiasa ceria sebegini hingga keakhirnya.insyaAllah :)

9.6.11

errr?

haisehhh! tolonglah jangan nak teringin sangat.tapi tetap nak teringin jugak :( bukan sebab jeles orang dah pakai or else tapi sebab errr sebabbb?sebab ape eyh?hihi sebab kehendak lah! hadeihhh lah =.="
err b?nak beli DSLR boleh tak b? boleh laaaaa eh b?he b?eh eh?hihi :p hurmm i wish i can grab it! ahh dunia. macam-macam kehendak yang nak dituruti kan?pentingkan keperluan dulu wahai dyea sayangg! kehendak nombor dua,boleh?pentingkan apa yang terpenting yea? ;)

hurm maybe coming soon kod?cuma taktahu bila boleh dapat.jangan ikut sangat macam orang lain.orang lain banyak duit.tak payah kerja,tak payah kumpul duit sendiri punnnnn dah boleh dapat. tapi bagi aku,bila aku dapat benda yang aku nak tu dengan hasil usaha aku sendiri,tuu lah yang jadi kebanggaan aku,tahu? (hehheh!) daripada dapat free free,pujuk mak ayah.bukan dari hasill duit sendiri,nak bangga pun macam segan sendiri jea?errr sorry! pendapat masing-masing tak semestinya sama,bukan? ;)

nahh kaw! haha fake gilaaa >.<

jyeahh! ni lah muka budak dah penat bekerja.sembab tak boleh bla sakkk! :( hurmm tak pelah penat sekarang,akan datang mana tahu dapat duduk rumah jadi surirumah sepenuh masa? i wish so! :D

ehh apa kena mengena dengan gambar nii? hihi lupa! aku nak cakap,buat masa ni pakai jea lahh camera 5 megapixels tuu,siimpan dulu hasrat nak pakai yang 14 megapixels tuu yea? doa jea lah rezeki aku melimpah ruah,insyaAllah dapat! ;)

1.6.11

entry poyo

first skali aku nak cakap,sorry sebab lagu kat kapet aku neh jiwang siket.
jiwa aku tengah kacau.bukan gaduh dengan incek tunang tapi ade lahh.
kesian tak pasal-pasal incek tunang aku tu yang jadi mangsa.grr!

jyeahh aku nak cari rumah sewa lah!
aku dah taknak susahkan sape-sape lagi dah.
*padahal aku tak penah susahkan sape-sape ponn :(
hmmm saje nak hidup sendiri kod.
for sure nenek aku akan berkecil hati,akan sedih dengan keputusan aku neh.
yelah,selama 2 tahun aku teman nenek aku kat rumah tu.
nenek aku caring sangat kat aku.
nenek mana yang tak sayangkan cucu kann :)
tapi aku terpaksa buat keputusan nih.
biarlah berhabis duit bayar sewa rumah segala,daripada jadi bahan ungkitan orang.
takpelah aku dah biasa hidup berdikari.
insyaAllah aku boleh hidup sendiri :')
walaupun aku hidup bukan depan mata mak ayah aku,tak bermakna aku hidup sosial kat sini.
setakat tengok wayang,balik lewat sebab pergi makan after balik kerja tu sosial ke ek?
ahh abaikan! mama cakap abaikan jea ape orang nak cakap.
diam jea jangan layan.lama-lama senyap lah tu.
hmmm insyaAllah aku tahan sabar aku nihh.

by the way,thanks to kak mayang & mama sebab pujuk kite tadi.
lost control,tak dapat nak kawal amarah.
yang jadi mangsa,handphone aku bersepai.pintu bilik dihempas sekuat hati.
dan buku lima yang tak besar mana nii puas menumbuk pintu bilik tuh tadi.
hmmmm dah lama aku tak mengamuk macam tadi :'(

sabar jea lah dyea.
bukan kaw tak pernah alami situation macam nih!
sabarlah! Allah ada :')