19.8.11

Hihi :B

hi?saje jea nak tayang gambar.Hihi kbye :B

13.8.11

ketinggalan zaman =='

Assalamualaikum korang sume :D
hee dah masuk puasa yang ke-14 dah,cikdee baru nak update kapet cikdee yang usang lagi huru-hara nih.
masih  belum terlambat cikdee nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua umat islam seluruh dunia ni *macam seluruh dunia jea yang baca blog cikdee ni kan?Haha
Maaflaa busy sangat kerja.balik kerja sah-sah dah penat.ni pon curik siket masa tidur cikdee.

Alhamdulillah tahun ni cikdee dapat berpuasa macam biasa *walaupun dah buang puasa beberapa hari =='
cuma bezanya tahun ni berpuasa sebagai tunangan orang.hehe insyaAllah tahun depan bertukar status lagi.
cikdee rasa bulan puasa lah bulan yang paling kurang cikdee makan.mana tak nya,sahur cikdee makan siket sangat.yela tengah-tengah pagi,mata kelat melat confirm lah takde selera nak makan,kan?tapi walaupun makan dalam kuantiti yang siket,cikdee tetap bangun sahur sebab bangun sahur tu kan sunnah Rasulullah SAW :) banyak hikmah yang mampu kita peroleh kalau kita bangun sahur.rugi rasanya kalau berpuasa cukup sebulan tapi tak bangun sahur sebab tak cukup banyak kita kumpul hikmah dan keberkatan dari-Nya sepanjang bulan mulia ni.okay berbalik pada pasal makan tadi,sememangnya cikdee tak banyak makan.Waktu berbuka pun ala kadar jea.paling simple cikdee just minum hot milo dgn roti chicken floss jea.tu pun dah mampu mengenyangkan perut cikdee ni.lagipun kalau mengah sangat,nak solat maghrib pun rasa tak selesa sangat.kankan? :)

Hmm bercerita tentang raya pulak,cikdee rasa takde yang menarik pun raya tahun ni :(
cuma sebagai seorang muslimah,cikdee faham pengertiaan hari raya ni.maksud hari raya ni kan kita semua meraikan hari kebesaran kita setelah sebulan berpuasa.hari untuk bermaafan sesama keluarga,saudara,jiran,kawan :) cumaaaaa yang cikdee maksudkan takde yang menarik raya tahun ni sebab raya tahun ni cikdee kena kerja.sobsob :'( double triple crying! sedih gila kod! dah lah kena kerja,tambah pulak tak boleh pakai baju raya pagi tu.pergi kerja pun kena pakai uniform macam biasa.last chinese new year boleh pulak pakai baju casual,start kerja pukul 2pm.balik kerja pukul 6pm.tiba hari raya kita pulak,kerja macam biasa.eihhh unfair betul! tahu lah company tu kebanyakan kaum cina.tapi negara ni kan dah maju.nama pun 1 Malaysia.tapi tak nampak pun ciri-ciri 1 Malaysia dalam company ni.selfish betul. *ni kalau boss aku yang kat HongKong tu baca,mampuih aku kena terminate teros :D

Hmm tapi takpelah.kerja pun kerja lah.lagipun ada double+triple pay for two days kan.okaylah tu masyuk jugak kan? :D maybe minggu kedua raya baru cikdee dapat cuti.tu pun lima hari jeaaaaaaaa -_______-
dan InsyaAllah raya ke-8 atau ke-9 cikdee akan buat open house.dijemput hadir bagi semua yang mengenali diri cikdee ye! tapi buat kat rumah kota tinggi la bukan rumah JB.heheh jauh??takde maknenye eh! jalan nak ke kota tinggi dah siap dah.20 minit jea JB-kota tinggi.alasan jauh dah boleh simpan dalam peti sejukbeku dahh ;D

Err okaylah cikdee rasa cikdee nak berundur dulu.mata pun dah berjuling-juling dah ni.hehe insyaAllah ada masa cikdee kembali lagi ye.Akhir kata dari cikdee,selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari raya buat semua! with lot of love,muuuaaaaahhhhhh! ;B


dia

usha dari jauh jea ;)
heh tu dia ^_____^

*firstly,sorry kepada tuan punya gambar sebab aku donlod secara haram :D

mesti korang pelik kan kenapa tetiba jea aku tayang gambar mamat tu?
motif sebenar,aku nak cerita pasal mamat baju kuning tu hah.
nama dia Mohd Amarul Haikal Bin Abd Latif.
berusia 21 tahun,lahir pada 08 December 1990.
lahir di Hospital Segamat kalau tak silap :p

Dia muda setahun dengan aku.
tapi kenyataan yang tak mampu nak disangkalkan,dia lebih matured dari aku.
even dia lebih muda dari aku tapi dia yang banyak bimbing aku pada satu ketika dulu :)
okay for sure korang masih lagi garugarukepala kan dengan apa yang aku cuba sampaikan ni?
relax bro,cerita belum habis lagi.hihi :D
sebenar-benar dan benarnyaaa aku pernah berkawan dengan dia.
atau dalam erti kata lain,bercinta.
waktu tu tahun 2006-2007.
aku tengah SPM dan dia baru form4 ;)
jyeahh aku taktahu kenapa aku lebih tertarik dengan lelaki bawah umur ni.
hihi dah dah! jangan tanya kenapa sebab aku takde jawapan untuk soalan tu -______-

lama jugak kami berkawan.
tak susah berkawan dengan dia ni,even muda dari aku tapi dia sangat bertolak ansur.
dia tegas.aku suka.barangkali sedikit sebanyak ada jugak darah ayahnya 
yang seorang anggota polis mengalir dalam dirinya :)
banyak sikap positive dia yang aku nak tampilkan tapi aku rasa,
tak perlu lah kod.aku faham dan aku harap korang pon faham kenapa.
*ada hati yang perlu aku jaga :)

hubungan kami tak mampu untuk bertahan lama.
takde sikit sekelumit pun masalah antara kami berdua.
berpisah pun bukan atas kehendak masing-masing.terpaksa.
terpaksa.tahu terpaksa?ahh abaikan!
dan hubungan tu akhirnya bergantung tanpa tali.
aku dapat bayangkan bergantung tanpa tali tuh macamana,
errr macam sarang spider tu kod. *Hahaa
yelaa mende alah tu bukan tali pon kan?
dari jauh kita tak nampak mende alah tu tapi tahu-tahu spider tu bersenggayut jea.
kalau di tiup angin ke kiri,kiri lah perginya :)
hubungan yang senyap lenyap macam tu jea.
hilang bawa arah masing-masing.
tapi aku tahu apa yang terbuku dalam hati kami waktu tu,memperoleh rasa yang sama.
cuma tak mampu untuk menolak takdir Illahi :')
apakan daya~

dan kini,barangkali dia dah pon bertemu dengan gadis pilihan hati dia.
aku rasa aku kenal gadis tu.Mahira namanya.
untung Mahira.aku harap dia dapat jaga hubungan dia dengan Mahira.
hargailah Mahira,sayangilah Mahira sebagaimana Haikal hargai dan sayangi Dyea satu ketika dulu.
aku yang kejauhan ni,ikhlas menitipkan doa agar dia bahagia dengan hidupnya,dengan cintanya,
dengan keluarganya dan dengan segala apa pon yang dia lakukan.
semoga Allah merahmati hidup dia dunia akhirat.

Di usia yang makin berganjak ni. *padahal 22tahun jea.Haha poyo :p
aku dapat mematangkan pemikiran aku.
memang betul orang kata
.Kalau kita sayangkan orang tu,kita redhakanlah kebahagiaan dia.
walaupun kebahagiaan tu bukan milik kita.
Kalau dia bahagia,aku juga bahagia dengan kebahagiaan dia.
dan sejujurnya kini aku bahagia dengan apa yang aku miliki.
Alhamdulillah :)






aku bahagia dipertemukan dia kerana Allah dan aku bahagia dipisahkan dia kerana Allah :')