Hey! tengok gambar budak kat atas nih kejap.kejap jee jangan lama lama.meluat nanti takde sape nak tanggung.Plastik,bukan? kenapa? perlu ke aku terangkan kenapa aku cakap gambar aku tu plastik? okey aku rasa perlu sebab taknak ada yang salah faham dengan statement aku nih. *kalau ada yang baca entry nie lah kan :p
ye sometime i felt it.too much :( orang tengok aku bahagia.YES i am.memang aku bahagia tersangat. Kalaulah dapat mentafsirkan apa yang tersirat dalam diri aku nih,apa yang aku rasa.kan senang.tak perlu aku bersusah payah share kan kat sini.Tapi aku tau,tak boleh.Takpe,aku okey je. *ayat biasa aku guna untuk sedapkan hati orang disekeliling aku :) Kalau nak ikotkan makna nama aku Cahaya Redha Dan Rela,macam tak dapat nak lari dari hakikat yang hidup aku memang perlu Redha dengan segala apa yang terjadi.Yelah kan,setiap Hamba Allah patut redha dengan ketentuanNya.Cuma,aku terasa dugaan yang Dia berikan untuk aku terlalu besar.tak pernah sekali aku anggap semua yang perlu aku pikul itu satu bebanan.Malah aku selalu ingatkan diri yang Allah selalu bagi dugaan kat aku sebab Dia nak ingatkan aku bahawa aku ada Dia :)
Alhamdulillah aku masih ingat Pencipta aku.
Ye,aku kena kuat.bukan kuat untuk angkat berat.bukan jugak kena minum susu untuk kuatkan tulang tapi aku memang kena kuat untuk mengatasi segala ujian dari Dia.yelah kan,umur baru 21tahun.jauh lagi perjalanan hidup nih.banyak lagi pancaroba yang belum aku temui.Bersedialah,Dyea.aku tahu kaw boleh.Sepertimana yang si dia selalu pesan kat aku 'awak kena kuat tau.anggap je saie selalu ada disisi awak,selalu teman awak :)' InsyaAllah,berbekalkan keredhaan aku cuba jadi kuat.Airmata?haha bestie aku sejak dari dulu lagi.Tak kesah lah kalau ada yang panggil aku cengeng,kememeh.paling best,ratu airmata :')
Bagi aku bila aku tension aku suka nangis.saje bazirkan airmata.bazirkan tisu.bazirkan mukus.mukus?tahu?alahhh hingus lahh :p pastu suara berubah jadi spongebob.sengau gitu.memang aku teramat mudah sangat mengalirkan airmata.bukan murah! tapi dah terbiasa.Bila dah habes proses pembaziran segala tuh,tenang lah sikit jiwa nih.Lega,tahu? :)
Jangan risau lah,Dyea okey sajee.InsyaAllah! Memplastikkan diri nih sikit banyak memang perlu dalam hidup.bukan apa,nak sedapkan hati orang.taknak orang risau kan diri nih.Tambahan,aku memang terlalu jaga hati orang.hati aku?paling bawah.tak penting sangat.yang penting,aku dapat bahagia kan orang sekeliling aku :) Demi Allah,aku senang dengan hidup aku sekarang.aku Redha dengan kehendakNya.mungkin ada bahagia dihujung cerita.Sabarlah.percayalah,Allah Maha Mengadili terhadap semua umatNya.Ada sedih,adalah sukanya.InsyaAllah :)
p/s : hidup kena berani terima kenyataan ^^