29.7.12

welcome back!

Assalamualaikum wbt :)
Subhanallah. betul-betul lama aku tinggalkan kapet aku ni kan?
kesian usang sungguh rupanya hah :O
hampir setengah tahun kot?
hihi almaklumlah kannnnnnnn,dah bertukar status L(>.<)/

Alhamdulillah sepanjang beberapa bulan ni kehidupan kian berbunga.
kuasa Illahi,tak disangka. aku lebih bahagia tak seperti yang disangka.
Dua bulan sudah mendirikan rumahtangga.
banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki especially bab memasak. HAHA! 
k tak lawak sebenarnya. 

so far,okay je la kot. Alhamdulillah rezeki selepas kahwin tak putus.
baru-baru ni terima berita yang happy buat aku dan suami.
we are mommy and daddy to be! huhooo! :D
dan yang paling buat aku gembira sebenarnya,rumah yang kami apply tempoh hari 
bank dah approve loan.syukur Alhamdulillah ya Allah.
berkat doa mama ayah,doa suami,doa aku dalam solat. syukur :')
so tak lama lagi menghunilah kami di Vista Apartment Seri Alam tu.
yeayyyy! suka sangat :D

Oh ya! rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Salam Ramadhan.
buat pertama kali sambut Ramadhan sebagai isteri orang.
hihi agak letih jugak lah kan,balik kerja dah malam.
bangun sahur lagi. tapi ada jugaklah terlajak tidur.
sedar-sedar dah pukul 6. mihmihmih! :P
tapi semua tu pengalaman. seronok sebenarnya hidup berdikari ni.
baru-baru belajar nak hidup bersuami.
walaupun sebenarnya jauh dalam sudut hati ni rindu sangat nak 
bermanja dengan mama. tekak ni terlalu rindu masakan mama.
telinga ni dah kesunyian dah lama tak dengar bebelan mama.
rindu sangat nak berkumpul dengan keluarga.
macam dulu :')
okay nak nangis nih! chill,dyea!

hmmm rasanya macam belum ready sangat nak menaip ni tau.
so,next time je la kot update lagi. hihi :D
maybe nak bercerita pasal preggy pulak.
haaaaa lately ni aku tersangat kuat makan.
setiap masa mesti ada je yang nak dimakan. padahal yang dimakannya sikit je pun!
asalkan tekak dapat merasa apa yang teringin tu. makannya tak seberapa.
sebenarnya teringin sangat nak makan asam dengan buah pelam cicah petis!
memang favourite ever tuh!
tapi apakan daya,atas nasihat doktor aku terpaksa lupakan makanan berhantu tersebut
demi kebaikan perkembangan baby :)
takpe,dah deliver nanti makan sampai muntah eh eh eh!

Okaylah. stop kat sini dulu.
nanti aku update lagi ya?
Assalamualaikum :)



p/s : turut bersimpati atas kesedihan kak Ain atas kehilangan bayinya yang meninggal dunia
yang masih dalam kandungannya sewaktu kehamilannya mencecah 7 bulan minggu lalu. Yang sebelum ini
beliau pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali. semoga kak Ain dan suami tabah mengharungi dugaan
yang cukup berat ini. sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kalian berdua.
Al-Fatihah buat arwah baby :')

No comments: